Chin Toong Kang 陈东庚

Ketua Pusat Perkhidmatan MCA Seri Kembangan 马华史里肯邦安服务中心主任 Setiausaha MCA Seri Kembangan 马华史里肯邦安支会秘书

Kekurangan ciri keselamatan jalanraya di sepanjang Jalan Utama, Serdang Raya, Seri Kembangan 沙登拉也大路安全措施缺乏,易於發生交通意外

Bahaya Jalan Utama Serdang Raya1

Berikutan persimpangan bertingkat (Flyover) yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan yang telah siap dibina bagi menggantikan lampu isyarat untuk laluan yang licin dan lancar di sepanjang Jalan Utama, Serdang Raya.

Beberapa surat dihantar kepada JKR Selangor, JKR Petaling dan MPSJ untuk mendesak kajian semula sistem trafik di sepanjang Jalan Utama untuk mempertingkatkan keselamatan laluan.

Kes kemalangan yang sering berlaku, yang melibatkan kematian dan kecederaan akibat kekurangan ciri keselamatan jalanraya di Jalan Utama, Serdang Raya telah menimbulkan rasa khuatir dan bimbang para penduduk terhadap isu keselamatan dan ancaman nyawa.

Bahaya Jalan Utama Serdang Raya2

Pihak Kerajaan Pakatan Selangor, JKR Selangor dan MPSJ kurang mengambil berat isu tahap rendah ciri keselamatan jalanraya dan Wakil Rakyat DAP juga telah bersikap dingin terhadap isu keselamatan jalanraya sepanjang masa ini.

Jalan Utama, Serdang Raya merupakan jalan Negeri yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan JKR Selangor di mana anggaran Peruntukan Pembangunan 2012 VOT : P12 Jabatan Kerja Raya di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah disediakan; namun tindakan mempertingkatkan taraf jalanraya dan mengkaji semula sistem trafik masih juga tidak dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Pakatan Selangor.

Surat rayuan telah dihantar kepada Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia dan Selangor untuk mengambil tindakan bagi mewujudkan ciri keselamatan jalanraya di sepanjang Jalan Utama, Serdang Raya pada 29.12.2012.

Dato’ Yap Pian Hon telah menerima salinan surat dari Jabatan Keselamatan Jalanraya Selangor yang dialamatkan kepada Pengarah JKR Selangor untuk mengemukakan isu keselamatan yang dibangkitkan oleh Dato’ Yap Pian Hon seperti berikut : –

a)  Tiada papan tanda had laju diletakkan di jalanraya tersebut,

b)  Speed Breaker dan transverse bar tiada disediakan di tempat tertentu,

c)  Longkang di tepi jalan tidak diselenggara dengan sempurna menyebabkan air bertakung ketika hari hujan,

d)  Terdapat banyak persimpangan di jalan tersebut dan banyak kenderaan keluar masuk meningkatkan kejadian berlakunya kemalangan,

e)  Tiada pembahagi jalan, menyebabkan banyak kenderaan membuat pusingan U,

f)   Kekurangan lampu di tepi jalan menyebabkan sesetengah tempat agak gelap terutamanya pada waktu malam dan ini merbahayakan keselamatan pengguna jalan raya, dan

g)  Tiada ruang menunggu di lokasi pusingan U yang terancang.

“Jabatan ini telah pun membuat tinjauan di Jalan Utama pada 10.01.2013 dan mendapati bahawa aduan-aduan dan cadangan yang diberikan sememangnya perlu diberi perhatian dan mengesyorkan agar langkah-langkah keselamatan jalanraya dapat ditingkatkan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di Jalan Utama dan memberikan maklumbalas berhubungan perkara berkenaan untuk tujuan rekod Jabatan ini.”

Penduduk-penduduk di sekitar kawasan Serdang Raya dan para pengguna jalanraya di Jalan Utama sedang menunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak JKR Selangor bagi mengurangkan kadar kemalangan di sepanjang Jalan Utama, Serdang Raya, Seri Kembangan.

Jika Kerajaan Pakatan Selangor, JKR Selangor dan Wakil Rakyat DAP masih berdiam diri tanpa tindakan meningkatkan taraf keselamatan jalanraya ini dilakukan, maka tindakan “UBAH” terhadap calon DAP perlu dilakukan pada PRU13 demi kepentingan rakyat Seri Kembangan.

沙登拉也第八區由聯邦政府耗資一千四百三十萬零吉協助興建一座天橋,取代交通燈,解決交通阻塞,但這條五公里的大路却成為易於發生交通意外的道路,沙登警局的交通意外傷亡事件檔案記錄可反映其嚴重性。

這條屬州級公路(State Road)缺乏安全措施,未受到雪州民聯政府,梳邦再也市議會,雪州工程局積極處理,同時,行動黨國州議員多次强词夺理指控聯邦政府沒有撥款解決而不了解這條公路是州級公路而不屬聯邦政府所管轄,事實上,民聯政府已在年度預算案列入州之工程局發展預算案 (Kerajaan Negeri Selangor, anggaran Peruntukan Pembangunan 2012 VOT.P12 : Jabatan Kerja Raya),但作為雪州行政議員參與批准州工程局預算案却假裝不知道,這是政治詭計。

馬華沙登國會選區服務及諮詢中心主任拿督葉炳漢曾多次致函雪州工程局,八打靈縣工程局,梳邦再也市議會促請聯合處理下列安全措施 :

1.  沒有時速限制
2.  沒有置設路墩及缓沖線
3.  未重組大路兩旁62個出入口川行系統
4.  路邊溝渠未提升,導致路面積水,危害單車騎士
5.  沒有分界堤
6.  路燈不足,影響夜間交通川行
7.  沒有足夠空間U轉

但上述安全措施缺乏未受到重視而繼續被忽視多年,同時,行動黨國州議員也未積極處理,負起职责,交通意外頻頻發生,也無動於衷。

在這情況下葉炳漢及馬華決定致函道路安全局要求協助確認沙登拉也大路安全措施不足問題。

在14.01.2013雪州道路安全局致給雪州工程局有關沙登拉也大路安全措施的函件副本。

該函件指出,在10.01.2013該局官員前來審查及研討安全措施問題而確認馬華所提呈的交通安全不足課題工程局應盡快提升交通安全措施,解決交通意外發生,同時也應提呈工作報告如何糾正道路安全的缺陷。

今年是重要年代,是要“改變UBAH“沙登國會及三個州議會的時候,沙登人民準備好了嗎?

31.01.2013

source: http://mcaserikembangan.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on 02/02/2013 by in Business, Community, Health, Seri Kembangan, Social and tagged , , , , , , .

Archives

Follow Ah Kang 东庚 on Twitter

Follow Ah Kang 东庚 on FB

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

%d bloggers like this: